follower

Rumpai laut sebenarnya tiada kolagen


Benarkah Rumpai laut tidak mengandungi Kolagen?

Aku terbaca kat satu blog pasai ni tadi *lupa plak blog sape, Maaf ye and dah ramai blogger yang dah buat  entry tentang hal ni, cuma aku ja yang ketingalan zaman, baru nak taw, kehkhee* 
so aku terus "mengkajinya" *cewaahhh*

oke secara keseluruhan hasil kajian aku tuhh, akhirnya aku "MENGOPY"dan sedikit adaptasi sebab panjang sangat *huhuuu* ...jom baca baca nih

 Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Menurut Pensyarah di Jabatan Kimia Fakulti Sains dan Matematik UPSI, Prof. Dr. Ismail Zainol rumpai laut yang berasa di perairan Sabah dan Sarawak sebenarnya hanyalah mengandungi protein semata mata dan bukanlah kolagen yang di gempar gemburkan. 
Setakat hari ini, tiada kajian sains atau info yang diyakini sahihnya rumpai laut ini ada kolagen. 
Kolagen sebenarnya hanya pada 
haiwan bertulang belakang dan manusia sahaja dan tidak terdapat pada tumbuhan tumbuhan even rumpai laut pun. Tetapi diyakini memberi khasiat melembabkan kulit dan sifatnya sama seperti kita ambik buah-buahan dan sayur sayuran.
Walaupun rumpai laut ada protein tapi kalogen tiada dalam protein rumpai laut itu.
Rumpai laut jenis Eucheuma Gelidium sebenarnya telah digunakan dalam msakan telah lama dulu untuk dibuat agar-agar. Bagi masyarakat Jepun pula, rumpai laut ini hanyalah dijadikan sebagai salad penganti sayur sahaja dan bukan untuk kecantikan.
 Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia.Tapi kolagen yang di ambil secara berlebihan akan menyebabkan 
sembelit, sakit tulang, letih, loya, muntah dan degupan jantung tak normal
Untuk memastikan tubuh mampu merembeskan kalogen sendiri, korang dinasihatkan ambik banyak buah-buahan citrus yang ada vitamin semulajadi, sayur sayuran, tomato, keju,soya, asid amino, ikan dan telur. Lebih mudah sebenarnya kan? its mire better dari ambik kalogen yang kita tak tahu cara pemprosesannya

oke, secara keseluruhan "kajian" aku tuh aku rasa walaupun rumpai laut ini tidak mempunyai kolagen, tapi ianya memberikan kesan yang baik juga kepada kesihatan dan kecantikan. ^_^


2 ulasan:

  1. heheh.. gaya penulisan macam dari blog cik en

    http://www.nurfuzie.com/2013/05/rumpai-laut-sebenarnya-tiada-kolagen.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehee cik entan a'ah, kite copy tdi then lupe nak letak link, sbb bkk bnyk...maaf ye ^_^

      Padam

Free Bulls Eye ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Copyright© All Rights Reserved aien daniea