follower

Jodoh Ibarat Parking Kereta

alohaaa..tak ada angin tak ada ribut tiba2 jea hujan..kan dah terpaksa aku menaip satu entry..ahh apa kene mengena taip entry dengan hujan pulak..oke seteretttt tu de oin je lah aih....

*rembat kat laman jodoh..



jodoh ni macam parking kereta
sedang kita mencari parking yang kosong, sedar tak kita, masih ramai lagi yang mencari tempat parking kereta seperti kita..kadang2 berulang kali melalui lorong yang sama, masih tidak kelihatan tempat kosong untuk parking..

dalam mencari jodoh, kita perlukan usaha...jangan berputus asa.kadang-kadang juga, kita mengikut kereta di hadapan dan diiringi kereta dibelakang, namun jika terlepas pandang, kereta belakang dapat tempat kosong selepas sesebuah kereta mngosongkan tempat itu. mesti frust sampai gila dan mungkin jugak ada yang guling2..


dalam kita tak duga, kita telah terlepas pandang pada seseorang yg begitu baik pada kita dan kita abaikannya..kemudian apabila seseorang itu terlepas pada orang lain, kita pasti menyesalinya..jadi peka pada sekeliling kita..

untuk mendapatkan satu tempat parking yang kosong pun memerlukan masa yang lama..tapi, sekiranya nasib yang baik, setibanya kita di tempat berkenaan, kebetulan ada pula kereta yang ingin beredar keluar dari tempat parking itu..time tu, mula la kita tersenyum lebar..mula la, bagi hormat pada pemberi parking tersebut..


jodoh kadang2 datang tanpa di duga, mungkin kali pertama bertentang mata sudah berkenan di hati..jadi sedikit sahaj usaha yang perlu di lakukan..


dalam hal ini juga, ada yang mengamalkan ketidakadilan, penat-penat kita kereta lain menunggu giliran, kereta lain yang datang lewat dari kita, terus masuk tempat parking yang baru dikosongkan..aduhh, mesti sumpah seranah habis pada si pemilik kereta itu. namun, mana lah kita tahu, ada tempat parking yang lebih baik dari tempat parking tadi. tempat yang teduh, selamat dan dekat dengan destinasi kita..


sekiranya kita sudah yakin akan mendapat seseorang sebagai jodoh kita, namun takdie allah swt menentukan segalanya, terdapat orang lain yang 'potong line', jadi kemungkinan itu dugaan dan ujian untuk diri kita..redha la tak perlu nak bermasam muka dan berdendam..terima hakikat itu sebagai ketentuan illahi..mungkin kita akan dapat yang lebih baik..


sumber : sumber2 yang boleh dipercayai..hehe
jangan putus asa dalam mencari jodoh, setiap ape yang berlaku itu ada rahmat dari allah swt..apa yang harus kite lakukan sabar, berdoa dan teruskan saja niat yang baik..jangan terlalu terkenangkan peristiwa yang sudah2..iklaskan, lepaskan dan redhakan apa yang tertulis dengan ketentuan ilahi..





2 ulasan:

Free Bulls Eye ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Copyright© All Rights Reserved aien daniea