follower

ayat sweet yang buat korang cair bila si dia memujuk...



ok. rasanya lelaki di luar sana macam blur blur je tak tahu macam mana nak pujuk awek masing-masing bila awek tu merajuk. so hari ni kita highlight sikit ayat-ayat cintan kasi pujuk korang punya awek. ada yang boleh pakai ada yang tak boleh pakai. pandai-pandailah cik abang di luar sana tu ye. hehe






KES PERTAMA
semalam baru saja lepas gaduh dengan cik abang. huhu. dia pujuk? dia buat lawak lawak yang buat aku gelak. last last dia akan cakap, lepasni jangan nanges nanges lagi tau!
Cik Aien : ok selalunya lelaki akan buat lawak lawak bodoh yang tak tahu datang dari mana idea tu. tupp leh buat pompuan gelak leleh air mata darah.



KES KEDUA
Ayang merajuk la dulu ye. Dah abis merajuk nanti mesej abang, LOL
Cik Aien : Kadang kadang lelaki yang tak prihatin atau malas nak amik port selalunya buat macam ni lah. tak pun dia sebenarnya prihatin tapi dia nak kasi cool dulu awek dia. rite gak cara nih.



KES KETIGA
abang ni penakut. takut akan kehilangan ayang..takut tak sempurna untuk ayang tapi abang tetap sayang kan ayang. abang berani bila ayang senyum. ayang gelak. senyum la untuk abang..
Cik Aien : selalunya lelaki kategori romantik je yang boleh bertutur bahasa macam ni. bahasa ala ala sweet rasa macam bila dengar je boleh reda terus marah tu. bagus bagus lelaki macam ni.


KES KEEMPAT
"Nanti abang bawak ayang pergi shopping."  --- memang confirm tak merajuk dah
Cik Aien : Selalunya cara ni sesuai untuk semua perempuan di semua peringkat umur. Perempuan adalah materealistik. Jangan nafikan ye. Kadang kadang lelaki bagi hadiah lolipop sebatang pun bolehhh..Seyes.


KES KELIMA
amik gitar, nyanyi lagu Fire House - I live my life for you, setel :p
Cik Aien : Cara ni nak kata berkesan pun tak gak. Sebab kalau lagu tu rosak jadi cam haremm..silap silap awek tu sakit telinga tak pun dia amik gitar tu hempuk atas jalan. nanges pun tak guna bro.





KES KEENAM
ayat biasa aku kalau dia merajuk "nak kaki?";P
Cik Aien : aku suka lelaki kategori ni. Sebab kalau macam ni la dia pujuk awek dia yang tengah merajuk, mari kita tengok kaki sapa sampai dulu. hoohh blog aku dah under 18sg lah pulekk!

KES KETUJUH
"napa senyap ni, berak dlm seluar ke??" waduh trus tergelak punya..
Cik Aien : Sebenarnya malas nak komen kes ni. Korang pikir la sendiri. Hahaha

KES KELAPAN
Dah tiga empat hari dia tak mesej tak call baru lah dia tergedik gedik cari aku. pastu dia tanya, lama lagi ke ayang nak merajuk? huh!!
Cik Aien : ok kadang kadang lelaki lebih suka bagi awek dia cool dulu. tapi jangan lama sangat bro..takut nanti ada orang ketiga nyelit nyelit masuk. putih mata lu nanti. 

KES KESEMBILAN
Saya punya boifren lagi hampeh. dah buat orang marah marah, lepastu dengan senang hati dia cakap, "tu pun nak merajuk. benda kecik pun nak besar besar" 
Cik Aien : Sian. lelaki dilahirkan untuk tidak memahami hati perempuan yang kompleks. idak gitu? tapi kan bro..benda kecik tu la penyebab jadinya benda besar. benda kecik pun lu takleh nak pujuk. Benda besar tah camna la plak kan??

KES KESEPULUH
hehe payah gak ni... if dah kawin senang siket.... nak pujuk je kisss hehehehe. tp banyak orang macam tu..kisss aje dah lembut hati orang yang terlalu panas kan...?
:lol: :lol: :lol: 
Cik Aien : no komen sebab aku lum kawin lagi. haks haks.
Amaran keras : kes terakhir ni hanya untuk pasangan yang sudah berumahtangga. yang takde tangga, sila abaikan. 


so korang punye cara camna pulak??
atau bf korang pujuk ikut sebijik sebulat macam kes nombor berapa??
hah meh sini kongsi kongsi jangan dekut ilmu
kaum lelaki pun boleh baca entry ni. haha


ok bye!


3 ulasan:

  1. saya suka dipujuk spt kes keempat tuh...hahahaha...

    BalasPadam
  2. no 1 lar he he selalu bf ima buat mcm tak de pape jer buat2 lawak buat mcm x gado kita yang dok masam muka pun sampai letih sebab tak dilayan he he tajuk yang bagus :D

    BalasPadam

Free Bulls Eye ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Copyright© All Rights Reserved aien daniea