
Marilah kita melayan perasaan dengan menghayati setiap bait-bait kata ini..(Apsal lah aku ni jiwang sejak kebelakangan ni. Sori ya
)

Kalau nak kongsi artikel ni, minta kreditkan ke blog ini ya. Penat tau saya taip.ahahaha



- Ketika ada wanita yang membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
- Wahai lelaki, ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti kau mencintainya.
- Di sebalik kejayaan setiap wanita, dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta.
- Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaku, ternyata merupakan persoalan hidup dan mati bagi wanita.
- Ketika lelaki mengatakan “Perempuan itu tidak mempunyai hati”, bererti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya.
- Cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat seperti dia menulis di atas pasir.
- Hati wanita yang mabuk dilamun cinta bagaikan mihrab emas yang biasanya hanya patung tanah yang berlindung di bawahnya.
- Bagi wanita, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai, dikecewakan dan kemudian bersedih.
- Banyak lelaki yang membunuh diri kerana cinta, tetapi wanita jauh lebih ramai.
- Cinta ialah sebuah kisah yang di dalamnya terdapat wanita yang bangga berperanan sebagai pahlawan. Sedang bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
- Dalam kehidupan seorang wanita, ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
- Cinta, wanita, lelaki dan larangan.
- Betapa pun seorang wanita bermulut seribu, namun cinta akan mengajarnya diam.
- Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
- Dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan kekasihnya.
- Ketika wanita mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.
- Dalam cinta, lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan.
- Dalam bercinta, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu hal, iaitu mencintainya terus menerus.
- Keinginan seorang wanita dapat diubah-ubah oleh orang yang dia cintai.
- Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada wanita, namun tidak demikian dalam bercinta.
- Dalam cinta, lelaki bak serigala yang ganas, hati-hatilah. Manakala wanita pula sanggup menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.
- Cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian.
- Tiada apa yang mampu mencabut cinta daripada hati seorang wanita, selain cinta yang baru.
- Seorang wanita tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.
- Cinta merasuk jiwa seorang wanita dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan kekaguman.
- Wanita mencintai pasangannya untuk dirinya, demikian juga dengan lelaki.
- Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang wanita bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya.
- Kebahagiaan wanita adalah ketika dia dapat mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
- Ketika wanita jatuh cinta, dia memulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.
- Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri seorang wanita.
Sumber: Terapi Patah Hati oleh Salahudin Abdul Razak dan Rusydi Ramli Al-Jauhari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan