follower

Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing ^_^

hai, assalamualaikum semua, lama dah tak mengupdate cerita-cerita sensasi kat blog ni, mesti korang dah tertunggu-tunggukan ;)  *muka perasan v000kk gitu~~*! oke,mesti korang dah taw kan aku kalau hupdate blog ni ni mesti nak cerita cerita malang dan sedih lalu kadang-kadang jiwang kan *apa punya bahasa ntah*haha oke tayah la aku nak guna bunga-bunga bahasa dalam aku punya karangan kali ni yokkk.....hari ni adalah hari pendaftaran semula pelajar-pelajar politeknik untuk semester seterusnya,macam aku dah sem 6 dah aku,kau sem berapa? aku ni senior, hormat sikit oke ..hahaha gilerr kereekkk akak senior nihhh !
rasa macam baru lagi aku masuk poli nihhh,tetiba dah tahun akhir.. hehh *muka pilu +++bangga nak abis dah*.

Mulanya aku cadang nak balik ipoh petang rabu, tapi disebabkan mendapat tentangan daripada kawan aku fatimah, so balik pagi khamis je la. So kitorang bertolak dari kuala pukul 8.15pagi. Sampai ipoh dalam pukul 9.15 . Nihh nak habaq mai, lama dah tak bawak moto kehulu-kehilir sejauh ni, rasa nak patah balik pon ada, rasa insaf gilaaa... kebas segala tulang yang ada dalam badan nihh baq ang . Rasa tak sanggup nak meneruskan xpedisi tersebut, tetapi demi pendaftaran untuk sem akhir ni, ku relakan jua..... *jiwang sikit sambil layan lagu ukays Melepaskanmu Kerana Terpaksa*

oke, sampai-sampai poli rehat-rehat sat sambil tu sembang-sembang dengan kengkawan, almaklum la dah lama tak jumpa, banyak benda nak cita la kan :) . Tak lama lepastu, PA pun dah ada,bermulalah sesi pendaftaran dan sedikit intro untuk subjek sem 6 oleh cik zie,selaku PA kelas kami DIB 6. Oke selesai semua sesi pendaftaran dalam pukul 11.30 pagi, apalagi cabut laaa...tapi singgah rumah sewa sat,konon-konon nak amik kunci rumah,nanti hari sabtu senang la nak bawak masuk barang, sekali kunci kena tempah sendiri...huhuuu, so suruh ieha tempahkan la. Setengah jam jugak la rehat-rehat kat umah sewa baru tu,tengok keadaan rumah. huhuu.

12.15, bertolak balik. Mula-mula perjalanan macam biasa, allahmdulillah takda apa berlaku. Sampai dekat klebang ria, haaa amik kau tayah moto pecah *berat sangat kot aku ni, hahaha*... addeeshhh buntu sekejap, so kitorang pon gerak jugak la, tapi slow-slow...masa on the way tu, ada sorang uncle ni tengah duduk bawak bus stop dia,tegur then bagitaw ada kedai moto kat depan simpang lepas traficlight dekat kedai mamak ,then kitorang pun rasa lega sikit so terus kan perjalanan, pastu sampai satu simpang tu, tanya pulak kat orang dekat kedai makan mamak, depe cakap depan lagi, kitorang dah pandang-pandang..huhuuu dah la panasss jaohh lagi keerrr ?...then pak cik-pak cik tu cakap pegi try pam dulu kat pam minyak. Kitorang pun pegi dekat pam minyak dekat area situ, dah pam tapi tak masuk jugak. Tengah-tengah duk try pam tu ada la mamat sorang *bawak lori ais magnum* ni pulak tegur, then dia bagitaw kat tepi pam minyak tu ada kedai repair tayar. Then aku pun dah tersenyum sikit,pasai kedai tu tepi tu je...dah dekaattt la maknenye ...yess !.. sekali kedai tutup plak..hhhmmmm hampa. sedikit dialog sedutan episod tadi ..hehhe :D
Fatimah : aku rasa nak putus asa dah..... *muka pilu xabis* 
Aku : nak putus asa cana? duk sini pun nak watpa?...

Alang-alang dah ada kat pam minyak tuh p beli air sat, panas terik, tekak kering . Lepas minum sambung balik perjalanan. Sambil-sambil jalan tu, tetiba dalam pala otak aku ....wei jom amik gambar nak? hahha nampak tak? dalam keadaan macam tu pun sempat lagi...main-main kuat !...hahaa suka hati la.







haha....pastu dah nak sampai dekat trficlight tu nampak signbot tulis masjid 500m...huaaa menapak lagi la nampaknya, tapi kedai motonye tak nampak-nampak gak..huaaa, tengah-tengah jalan and posing-posint tu, tetiba ada dua orang adik*pasai dia panggil aku akak,so aku kena panggil dia adik la :)  nihh bagitaw, masuk dalam sikit lagi ada kedai moto...oke tima kasih, ...teruskan perjalanan, dah dekat dengan bangunan-bangunan, tapi tak nampak jugak kedai repair moto nyeeeee...oke sorang lagi pakcik pakai baju   
 jalur-jalur pulak bagitaw, dekat belakang sana ja...katanya...dan akhirnyaaaaa kami berjaya sampai ke destinasi yang dicarai walau tanpa rela hati...huhuuuu. 



Maka, tamat lah sudah cerita sedih kami untuk kali ini. Dah setel apa lagi, balikkkkkkkk laaaa. hahha
Dah tu ja aku nak cita, sedih kan . -_-'' 

last pic on the way balik
kenangan lah kau~~


Motif sebenar :  - Ada lagi rakyat malaysia yang prihatin.
                         - Mana nak jumpa abang magnum tu lagi ?...kawan dia hansome..hahahha 


oke bye . ^_^
                         

5 ulasan:

Free Bulls Eye ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Copyright© All Rights Reserved aien daniea