follower

Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing ^_^

hai, assalamualaikum semua, lama dah tak mengupdate cerita-cerita sensasi kat blog ni, mesti korang dah tertunggu-tunggukan ;)  *muka perasan v000kk gitu~~*! oke,mesti korang dah taw kan aku kalau hupdate blog ni ni mesti nak cerita cerita malang dan sedih lalu kadang-kadang jiwang kan *apa punya bahasa ntah*haha oke tayah la aku nak guna bunga-bunga bahasa dalam aku punya karangan kali ni yokkk.....hari ni adalah hari pendaftaran semula pelajar-pelajar politeknik untuk semester seterusnya,macam aku dah sem 6 dah aku,kau sem berapa? aku ni senior, hormat sikit oke ..hahaha gilerr kereekkk akak senior nihhh !
rasa macam baru lagi aku masuk poli nihhh,tetiba dah tahun akhir.. hehh *muka pilu +++bangga nak abis dah*.

Mulanya aku cadang nak balik ipoh petang rabu, tapi disebabkan mendapat tentangan daripada kawan aku fatimah, so balik pagi khamis je la. So kitorang bertolak dari kuala pukul 8.15pagi. Sampai ipoh dalam pukul 9.15 . Nihh nak habaq mai, lama dah tak bawak moto kehulu-kehilir sejauh ni, rasa nak patah balik pon ada, rasa insaf gilaaa... kebas segala tulang yang ada dalam badan nihh baq ang . Rasa tak sanggup nak meneruskan xpedisi tersebut, tetapi demi pendaftaran untuk sem akhir ni, ku relakan jua..... *jiwang sikit sambil layan lagu ukays Melepaskanmu Kerana Terpaksa*

oke, sampai-sampai poli rehat-rehat sat sambil tu sembang-sembang dengan kengkawan, almaklum la dah lama tak jumpa, banyak benda nak cita la kan :) . Tak lama lepastu, PA pun dah ada,bermulalah sesi pendaftaran dan sedikit intro untuk subjek sem 6 oleh cik zie,selaku PA kelas kami DIB 6. Oke selesai semua sesi pendaftaran dalam pukul 11.30 pagi, apalagi cabut laaa...tapi singgah rumah sewa sat,konon-konon nak amik kunci rumah,nanti hari sabtu senang la nak bawak masuk barang, sekali kunci kena tempah sendiri...huhuuu, so suruh ieha tempahkan la. Setengah jam jugak la rehat-rehat kat umah sewa baru tu,tengok keadaan rumah. huhuu.

12.15, bertolak balik. Mula-mula perjalanan macam biasa, allahmdulillah takda apa berlaku. Sampai dekat klebang ria, haaa amik kau tayah moto pecah *berat sangat kot aku ni, hahaha*... addeeshhh buntu sekejap, so kitorang pon gerak jugak la, tapi slow-slow...masa on the way tu, ada sorang uncle ni tengah duduk bawak bus stop dia,tegur then bagitaw ada kedai moto kat depan simpang lepas traficlight dekat kedai mamak ,then kitorang pun rasa lega sikit so terus kan perjalanan, pastu sampai satu simpang tu, tanya pulak kat orang dekat kedai makan mamak, depe cakap depan lagi, kitorang dah pandang-pandang..huhuuu dah la panasss jaohh lagi keerrr ?...then pak cik-pak cik tu cakap pegi try pam dulu kat pam minyak. Kitorang pun pegi dekat pam minyak dekat area situ, dah pam tapi tak masuk jugak. Tengah-tengah duk try pam tu ada la mamat sorang *bawak lori ais magnum* ni pulak tegur, then dia bagitaw kat tepi pam minyak tu ada kedai repair tayar. Then aku pun dah tersenyum sikit,pasai kedai tu tepi tu je...dah dekaattt la maknenye ...yess !.. sekali kedai tutup plak..hhhmmmm hampa. sedikit dialog sedutan episod tadi ..hehhe :D
Fatimah : aku rasa nak putus asa dah..... *muka pilu xabis* 
Aku : nak putus asa cana? duk sini pun nak watpa?...

Alang-alang dah ada kat pam minyak tuh p beli air sat, panas terik, tekak kering . Lepas minum sambung balik perjalanan. Sambil-sambil jalan tu, tetiba dalam pala otak aku ....wei jom amik gambar nak? hahha nampak tak? dalam keadaan macam tu pun sempat lagi...main-main kuat !...hahaa suka hati la.







haha....pastu dah nak sampai dekat trficlight tu nampak signbot tulis masjid 500m...huaaa menapak lagi la nampaknya, tapi kedai motonye tak nampak-nampak gak..huaaa, tengah-tengah jalan and posing-posint tu, tetiba ada dua orang adik*pasai dia panggil aku akak,so aku kena panggil dia adik la :)  nihh bagitaw, masuk dalam sikit lagi ada kedai moto...oke tima kasih, ...teruskan perjalanan, dah dekat dengan bangunan-bangunan, tapi tak nampak jugak kedai repair moto nyeeeee...oke sorang lagi pakcik pakai baju   
 jalur-jalur pulak bagitaw, dekat belakang sana ja...katanya...dan akhirnyaaaaa kami berjaya sampai ke destinasi yang dicarai walau tanpa rela hati...huhuuuu. 



Maka, tamat lah sudah cerita sedih kami untuk kali ini. Dah setel apa lagi, balikkkkkkkk laaaa. hahha
Dah tu ja aku nak cita, sedih kan . -_-'' 

last pic on the way balik
kenangan lah kau~~


Motif sebenar :  - Ada lagi rakyat malaysia yang prihatin.
                         - Mana nak jumpa abang magnum tu lagi ?...kawan dia hansome..hahahha 


oke bye . ^_^
                         

Bila fail-failku menjadi shortcut -_-''

Assalamualaikum...hai semua, hari aku nak share sikit info,tapi aku copy and paste je kat sini, nanti law jadi benda camni,senang la aku nak cari jalan penyelesaiannya, hahaha
oke harap-harap boleh membantu lah jika kome sedang melalui masalah ini, hehehe, oke jom baca.

Jangan format fail kome tu. semua fail masih boleh diselamatkan.

Step 1:

download fail "AutorunExterminator"


Extract it --> Double-click "AutorunExterminator" --> masukkan/stanby pendrive/protable harddisk

Ini akan remove the autorun.inf files dari pendrive/protable harddisk.

Step 2:

klik "Start menu" --> Run --> taip cmd klik OK

pastikan pendrive/protable harddisk dibahagian partion mana. contohnya f:

taipkan f: dan enter

masukkan command.

attrib -h -r -s /s /d *.*

periksa pendrive/protable harddisk kome

Step 3:

selain itu, download the Malwarebytes' Anti-Malware


Update kan --> Perform "Full Scan"

Default selected option is "Quick Scan".

Selamat mencuba.

Tengok ni , sweet je depe ni..hehee

Scha Terharu Awal Tunaikan Permintaannya Untuk Memiliki Sebuah Vespa - Pasti rasa terharu dan gembira apabila permintaan kita ditunaikan oleh insan tersayang meskipun pemintaan tersebut sudah lama dibuat. Begitu jugalah yang terjadi kepada Scha Al Yahya apabila pemintaannya untuk memiliki sebuah Vespa ditunaikan oleh suami tercintanya, Awal Ashari sempena hari lahirnya baru-baru ini.


“Saya tidak sangka Awal masih ingat permintaan saya itu, saya amat terharu. Permintaan tersebut telah dibuat sekitar setahun setengah yang lalu,”katanya.

Tambahnya, ada Vespa senanglah beliau ingin menghantar barang ke butiknya dan Awal turut membenarkannya menunggang vespa.


“Awal memang pandai bawa motor tetapi kadang-kadang dia lebih suka menjadi pembonceng. Jadi saya bawa, Awal naik dekat belakang,” jelasnya.

TakdirMu...



"Ya Allah, Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, Berilah aku keyakinan bahawa takdirMu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirMu kerana aku yakin dan percaya perancangan Mu yang terbaik dan Terindah untuk diriku."

cinta...


Assalamualaikum peep. i know this is awkward.
yelah, apa kena dengan cinta pulak? 
the story begin with this guy. Dia pernah kata, dia  suka seorang awek ni.Then mintak pendapat aku macam mana nak tackle aweks tuh. Then aku advice la sikit-sikit apa yang aku rasa logic akal . *mana aku nak taw cara nak tackle awek, tackle pkwe taw la kowt* muehehee. Bab-bab cinta ni aku memang tak pro la brader, sebab cinte aku pun tak la sakan sangat, biasa-biasa ja, bak kata pepatah seperti telur dihujung tanduk 
je pun , huhuu. Apa pun aku harap suatu hari nanti kami bersatu jugak. Dengan izin Allah aku nak dia yang pertama dan terakhir untuk aku. amin.  *eh macam dah masuk cerita lain  ja*huhuu
so, aku dalam usaha membantu dia, aku try search, then dapat sikit kata-kata yang menarik hati aku untuk baca dan dengan tak malunye aku copy terus, hahahah.

so, hye boy, read this 

Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
Beritahulah Allah. Mengadu padanya.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.
Kirimkan doa buatnya. Moga dia hidup aman tenteram.
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah, kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.


“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”
(Adz Dzariyat : 49)

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Boleh jadi peringatan dekat aku jugak. 
enjoy , assalam  ^_*

Suka duka memori bersama

Haiishhh cuti sem tinggal lagi berapa minggu ja ni, rasa nak ulang balik bagi lama lagi cuti, hehhe. La ni  yang duk terasa cuti dah nak habis pasai result dah keluar banq ang.Result? cane dengan pointer ang? Oke? ....Alhamdulillah  aku rasa  bersyukur  walaupun result ak takseberapa, tapi Alhamdulillah takda yang repeat-repeat segala. Huhuuu.  Walaupun result orang lain lagi bagus , kesah pulak aku? Hahaha macam mana pun keputusan aku, aku redha sebab aku taw, masa blajaq pun aku main-main je, hahaaa.

Oke bukan itu yang aku nak cerita sebenaqnya, aku nak cerita benda lain tapi aku taktaw cemanee nak mula start *bukan sama ja ka?*

 5/6/2013- rabu
Termakbulnya sebuah pertemuan yang telah dirancang pada awalnya sekadar main-main akhirnya menjadi kenyataan. Ngee~. 
Mula-mula rancang nak pegi bank islam then lepas tu nak tengok rumah sewa. Tetiba malam selasa tu bincang-bincang balik, tukar plan, sebab terfikir maybe ieha dengan mimie keje. So tukar plan, lepakking dengan fiena je la. Tu pun kami dah sampai ipoh baru bagitaw fiena ajak lepak, sian kawan tu gangu die tengok citer katun pepagi tuh...haaa amik kau.
Selepas setelkan yuran, aku dengan Fatimah terus pegi  JJ, tunggu fiena kat situ. Masa on the way nak p jj tuh, aku tataw la napa ak rasa macam aku dah lupa jalan, hahhaa baru berapa minggu ja takde kat ipoh. Kehkehhh. Tapi sampai jugak kat jj tu.muehehhe

Hampir setengah jam jugak la tunggu die, aku dengan Fatimah tunggu dekat food court, alang-alang dah ada kat situ and jam pun dah menunjukkan 12 tengahari, kami pun order makan. Tak lama lepas tu kami nak gerak keluar, Nampak fiena baru sampai, haiishhh dari jauh tetiba rasa malu...kehkehkehkkk  maklum la sebulan tak jumpa, malu pulak...hihihhiiiii. Sementara duk fikir,mana arah tuju seterusnya, kami pun pusing-pusing  satu JJ tu, bukan 1round, rasanya  3/4 round jagak kowttt...huhuu. Macam biasa la, mesti la kena take-take foto,muehehe. tengok la pic kami yang comel-comel ni..hihiii

 fiena, fatimah, aku

* abaikan muka aku yang dah macam itik tuhhh*



 aku dan fatimah

 fiena dan fatimah

 fiena dan aku

*dlm toilet pun boleh*


Then lepas solat zohor, kami plan nak pegi polo, tapi tengok jam awai lagi, *buntu sekejap*.
keluar dari JJ, pegi tesco, entah apa yang kami cari tataw la, kat tesco beli air ja pun, tapi pusing macam nak beli macam-macam.hehee. biase le tuhh kan?...sebenaqnya duk tunggu jam berpusing ja, sebab nak g polo pun awai sangat, panas nak watpe duk situ tengah-tengahari terik tuhh kan ^_* !....so bila dah agak-agak taklarat nak jalan dalam tesco tu dah, kami pun keluar. Destinasi seterusnya POLO, yeaahhh walaupun hujan rintik-rintih, dengan semangat yang ada kami teruskan jua perjalan itu. ! Macam biasa, kalau duk polo tak beli keropok lekor tak sah.mueheheh, then lepak bawah pondok....then biasa la mesti kena ada sesi bergambar, kalau tidak tak best lah kan...




*tembam pipi aku, awww~*

Kat sini kami pakat duduk je, kaki dah penat berjalan, hahaha. Dan disinilah pertemuan terakhir kami untuk hari tersebut. sedih ! Insyallah sem depan kita jumpa lagi .
... tepat jam 5 petang kami bertolak balik. Hari pun dah mendung, tunggu masa nak hujan lagi ja.  Hehehee, memang dah jangka aku dan fatimah on the way dalam hujan sampai kuala. sejuk banq ang ! dengan banjir kat tasek sampai tengelam jalan, nasib baik bulan jalan kami nak balik kuala.huhuu. Tapi kena kat kami jugak bila sampai kat kilang khantan, banjir, jalan dah tenggelam, so terpaka la melawan arus, hahaha. tak penah dibuat orang. suka hati kami lah kan ! 
oke lah, setakat itu je la entry aku kali ni, insyallah ada entry lain aku kongsi-kongsi, ampa baca lagi naaa~~

oke, papai, assalam ^_^





Free Bulls Eye ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Copyright© All Rights Reserved aien daniea