follower

Maki Hamun


Bila kau berjalan, kau maki hamun orang naik basikal.
Bila kau naik basikal, kau maki hamun orang naik motor.
Bila kau naik motor, kau maki hamun orang naik kereta.
Bila kau naik kereta, kau maki hamun orang naik van.
Bila kau naik van, kau maki hamun orang naik bas.

Kadang-kadang berkias makinya. Memasukkan pelbagai perisa ayam dan babi ke dalam carutan. Kesemua di tapis dari rasa sakit hati dan kesungguhan mulut mengeluarkan penyakit sawan. Berbuih-buih mulutnya memaki tanpa orang yang dimaki terasa.

Setiap saat, minit, hari, tahun kau memaki tanpa sedar. Kau maki tanpa hiraukan sesiapa. Kadang-kadang kau sendiri yang kena maki. Tapi kau buat kewl. Kau kata kau siapa nak maki aku.

Pendek hati kawan kau hari tu. Sentap agaknya. Dalam hati dia pasang niat nak bagi kau terasa.

Dia dah tak tahan, lalu dia cuma berkata.

"Hang amek lesen kapal terbang senang, nanti kalau helikopter lalu kat bawah takkan kau nak maki ?".


Kawan dia berlalu sambil bersiul lagu Pesawat - Mirage.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Bulls Eye ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Copyright© All Rights Reserved aien daniea