follower

Cinta bersatu~



Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu


Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu


Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku


Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku


Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu


Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


##special for my cayang...ske sngt liyana jasmay kannn
##

 
~ Penanggang 7 petala cinta ~

cewaahhh....pewwwiiitttt....aku dah pandai tengok citer cinte siooott...huhuuuu
tadek la,boring2 da abis exam ni an,so isikan masa kosong dengan movie...sedey kowt citer tu,or aku yg filling lbey tataw?...sebenarnya aku nak citer yang aku dah bebas dari poli...tu je,tetibe saje nak buat topic gempak la konon...muahahaha

Sapa yang hayati citer tu esti rasa samthing..huhuu..mk aku kate owg becintee suke le citer-citer camtu...huaaaa malu cheq...heheee
da r maleh na cter panjang2..aku merepek je...ampa yang xtangok ag tu p tengok cepat...layann~~~




I'm not sure whether or not I do this


Sahabat sejati bukan barang permainan...
Apabila cantik,,boleh dibeli...
Apabila buruk,,ianya dibuang....
Tetapi sahabat sejati adalah untuk selamanya...
Sahabat sejati memang sukar dicari...






btaw: ape un yang berlaku...sy tetap anggap awk sahabat saya selamanya,walaupun kenalan kita sekejap cuma,tetapi jangan lah ianya menjadi pengalang untuk kita trus berkawan...saya ikhlas berkawan dgn awk....


Salahkah Mencari Teman Hidup Ketika Masih Belajar?




Mencari pasangan pada usia yang terlalu muda tidaklah sesuai sekiranya masih lambat untuk mendirikan rumahtangga. Bimbang hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan tidak mampu dikawal dan terjerumus ke lembah maksiat.

Firman Allah Taala :

” Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (surah isra’ ayat : 32 )



Kita bukan sahaja dilarang mendekati zina tetapi segala bentuk perbuatan yang mendorong berlakunya zina. InsyaAllah.



btaw:sejak akhir-akhir ni aku asyik post mende-mende CHENTEE je erk..huhuuhhuu...just for fun k :p

FIRST TIME WHEN I......


” I miss you more today than yesterday, but not as much as tomorrow.”

rase macam... kann kannn
secara tiba-tiba rasa macam hati ini dicuri  kembali..
hahaha...sape lagi yg nak curi kalau bukan 
ENCIK HISHAF kiterr niee

..

hehhee...(garang ngat aihh)
10 sebab kenapa anda ingin kahwin awal


1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?


3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T


9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.


Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..


11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita.One Happy Family!

10 Tanda Boyfriend Anda Pengongkong


#10 Sentiasa di sisi anda
Ayat ini mungkin kedengaran manis dan mengujakan. Tapi jika maksudnya di situ adalah sentiasa 24/7 di sisi anda, peluang untuk anda memiliki controlling boyfriend  sangat tinggi. Sekarang tiada lagi masa untuk rakan-rakan, tiada lagi girls’ night out melainkan dia ada bersama.
#9 Biadab
Kata-kata tidak lagi sopan dan seikhlas dulu. Tiada ucapan terima kasih dan senyuman ikhlas terukir di wajahnya. Sedikit kelewatan atau kecuaian, anda pasti dimarahinya bagai anak kecil.
#8 Dipaksa melakukan apa yang disukainya
Dia tahu anda tidak sukakan tempat yang bising, tapi dibawa juga menonton gig di bandar. Sesak, berbau, lembab, tapi apakan daya dia boyfriend anda, terpaksa mengikut kehendaknya. Hinggakan tempat makan dan dating pun dia yang pilih, selera anda langsung tak diendahnya.
#7 Sering meyoal
Apa sahaja yang anda lakukan akan disoalnya. Seolah-olah dia seorang majistret. Hatta ayah anda tidak sekecoh si dia dalam mempersoalkan dengan siapa anda bergaul dan ke mana anda pergi.
#6 Dilarang ber-Facebook
Keaktifan anda bersosial di laman facebook seakan-akan disekat olehnya. Kata kunci akaun anda juga perlu diberi padanya dan si dia akan memantau setiap gerak di wall anda. Lebih teruk lagi jika si dia meminta untuk anda memadam terus akaun facebook.
#5 Cemburu buta
Ada saja yang tidak kena di matanya. Urusan sesama rakan atau atas dasar kerja pun diraguinya dek cemburu tidak bertempat. Kadangkala perbalahan ini tidak masuk akal dan anda mula penat melayan kerenahnya yang keanak-anakan.
#4 Melimpahkan wang kepada anda
Jangan mudah terpedaya dengan kesenangan material yang diberikan oleh kekasih anda. Adakalanya (bukan semua), hadiah atau wang yang diberi kepada anda ada tersirat sesuatu. Si dia cuba menjadi superior daripada anda, si dia akan berusaha untuk ‘menang’ dalam semua perkara agar anda mudah mengikut telunjuknya kemudian.
#3 Anda tidak berharga baginya
Benar, anda girlfriend-nya. Tapi sedikitpun dia tidak hiraukan masalah anda. Anda menghadapi situasi genting, gagal dalam ujian, atau tekanan dalam keluarga, tapi si dia hanya buat endah tak endah sahaja.
#2 Berlaku kasar
Jika si dia sudah berani menghamburkan kata-kata kesat di hadapan anda, apa lagi yang perlu diagung-agungkan dengan lelaki dayus sebegini? Apatah lagi jika si dia mula naik tangan…
#1 Anda tidak gembira bersamanya
Jelas sekali, semua perasaan datangnya daripada hati dan naluri kita. Jika anda sendiri merasakan ada sesuatu yang tidak kena, anda rasa lebih tenang jika si dia tiada di sisi berbanding bersama, tiba masa anda perlu keluar dari kepompong ini. Ingat, kata hati tak pernah menipu!

TIGA KATA yang kutunggu-tunggu. dalam diam-diam aku......




hahaaaa....gatai muuu

LELAKI HARUS TAHU
: : Seorang wanita yang benar-benar menyintai anda dalam banyak perkara,tetapi masih terima anda seadanya walaupun anda pernah menyakiti hatinya : :

PEREMPUAN HARUS TAHU
: : Seornag lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi,tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun : : ♥

Free Bulls Eye ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Copyright© All Rights Reserved aien daniea